|
|
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
DAMANSARA JAYA
Jalan SS 22A/1, Damansara Jaya 47400 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Telefon: 03 – 7729 6018 Faks: 03 –
7729 1880 |
Ruj. Kami: SMKDJ/06/06/010/( )
Tarikh: 12 April 2010
Kepada
Ibu Bapa / Penjaga
Yang
Berbahagia Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
ACARA SARINGAN DAN HARI KEJOHANAN
OLAHRAGA SMK DAMANSARA JAYA KALI KE-22 TAHUN 2010
Dengan
segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuki.
2. Pihak sekolah dengan bangganya ingin
memaklumkan bahawa:
2.1 Hari Kejohanan Olahraga SMKDJ (Hari
Sukan) akan berlangsung pada:
Tarikh : 14 April 2010 (Rabu)
Masa : 7.30
pagi hingga 1.30 tengahari
Tempat : Stadium
MBPJ, Kelana Jaya
3. Kehadiran semua murid sesi pagi dan
petang pada hari dari waktu yang ditetapkan adalah wajib kerana hari tersebut
adalah hari persekolahan. Kehadiran mereka akan ditandakan oleh guru-guru
tingkatan masing-masing di stadium. Murid-murid
wajib berpakaian rumah sukan masing-masing, berseluar trek hitam / biru gelap
dan berkasut.
4. Pihak sekolah meminta jasa baik Yang
Berbahagia Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk menghantar dan menjemput balik
anak masing-masing pada kedua-dua hari tersebut. Pihak ibu bapa / penjaga serta
ahli sekeluarga adalah dijemput hadir bersama-sama untuk menyaksikan temasya
sukan tahunan ini. Semoga kehadiran Yang Berbahagia Dato’ / Datin / Tuan / Puan
akan memeriahkan lagi suasana kejohanan tahun ini.
5. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima
kasih ke atas keprihatinan, sokongan, bantuan dan pengorbanan Yang Berbahagia
Dato’ / Datin / Tuan / Puan dalam memastikan anak-anak terlibat secara aktif.
Sekian,
terima kasih.
‘KE ARAH KECEMERLANGAN SUKAN SEKOLAH
DAN NEGARA’
Saya
yang menjalankan tugas,
_______________________________________
(DATIN
WIRA HJH NORIZAN BT KAMARUDIN)
Pengetua
SMK
Damansara Jaya