Kebersihan, Keselamatan dan Kesihatan (3K)
DASAR 3K
- Menerapakan budaya kerja berpasukan yang dapat membawa kepada amalan keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan di SMKDJ.
- Mengadakan perancangan yang dapat meningkatkan kualiti keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan di SMKDJ.
- Mewujudkan mekanisme yang dapat mempertinkatkan aspek-aspek keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan di SMKDJ.
- Sentiasa menilai aspek keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan untuk memastikan tahap peningkatannya di SMKDJ.
- Memupuk kerjasama diantara warga SMKDJ dengan pihak luar dalam membentuk seubah masyarakat yang dapat
mengamalkan nilai keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan sepanjang masa.
- Menjaga keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan adlaah amalan warga sekolah setiap hari.
- Cekap, cepat menagani masalah yang berkaitan dengan keceriaan, kebersiahan, keselamatan dan kesihatan.
MATLAMAT ASPEK KECERIAAN DI SMK DAMANSARA JAYA
- Menimbulkan kesedaran di kalangan murid-murid, warga sekolah, ibu bapa melalui publisiti yang meluas tentang pentingnya mewujudkan persekitaran yang ceria disekolah.
- Melatih murid-murid menyayangi dan menghargai alam sekitar.
- Melatih murid-murid menjalankan kewajiban sebagai khalifah di muka bumi selaras dengan amalan Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.
- Menimbulkan sifat ingin tahu dikalangan murid-murid berkaitan nama pokok dalam panggilan biasa dan saintifik serta niali perubatan yang terkandung.
- Melahirkan murid-murid yang cinta akan sekolah.
- Menceriakan kawasan sekolah dengan membina tapak semaian dan menjalankan kerja-kerja keceriaan.
- Melahirkan rasa cinta akan sekolah disamping menerapkan bertanggungjawab.
MATLAMAT ASPEK KEBERSIHAN DI SMK DAMANSARA JAYA
- Menyemai sifat cinta akan kebersihan sekolah dengan mengadakan gotong-royong membersihan persekitaran sekolah dengan aktiviti rondaan kelas bertugas.
- Mengubah cara pemikiran murid tentang kebersihan melalui pendidikan.
- Meningkatkan rasa tanggungjawab murid terdahap kebersihan berpandukan Buku Spesifikasi Tugas 3K.
- Meningkatkan tahap kebersihan sekolah dengan mengadakan jadual tugas untuk murid, guru dan pekarja swasta.
- Memantau dan menilai keberkesanan program kebersihan pengadilan yang dibuat berpandukan Borang Penilaian Kebersihan.
- Melaksanakan tindakan susulan melalui program penambahbaikan.
PROSEDUR KESELAMATAN DISMK DAMANSARA JAYA
- Bertujuan mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan warga sekolah dan komuniti setempat.
- Mementingkan aspek keselamatan diri murid semasa perjalanan pergi dan balik sekolah.
Semasa pergi ke sekolah murid-murid boleh
- Melintas kawasan letak kereta menggunakan laluan pejalan kaki yang disediakan sahaja.
- Murid-murid harus masuk ke sekolah melalui pintu masuk di tepi dewan sekolah atau pintu tepi Blok F.
- Murid-murid yang berbasikal perlu menolak basikal mereka melalui pintu masuk utama.
- Ibubapa/penjaga memberi kerjasama supaya tidak membuat pusingan di hadapan pintu utama. Ini adalah untuk mengelakkan kemalangan dan kesesakan jalanraya.
Untuk murid-murid yang balik awal atas sebab-sebab tertentu, sokongan ibubapa/penjaga adalah penting supaya mengikut tatacara keselamatan murid semasa membawa anak mereka keluar dari sekolah.
- Murid perlu mengisikan borang kebenaran keluar kawasan.
- Ibubapa mendaftar nama murid di buku Pendaftaran Murid Balik Awal.
- Ibubapa mendapat tandatangan puhak pentadbir.
- Membangunkan kesedaran terhadap aspek keselamatan untuk melahirkan iklim
sekolah yang kondusif untuk perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu.
MATLAMAT ASPEK KESIHATAN DI SMK DAMANSARA JAYA
- Memastikan murid peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan masing-masing dengan cara yang betul.
- Menyedarkan murid tentang bahaya penyakit seperti AIDS, Hepatitis B dan penyakit berbahaya yang lain.
- Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti lawatan, ceramah dan pameran.
- Menjalankan aktiviti suntikan Anti-Tetanus kepada murid-murid Tingkatan Tiga.
- Mewujudkan sistem maklumat kesihatan yang lengkap dan terkini.
