Dengan ini dimaklumkan bahawa tawaran kemasukan murid ke Tingkatan 6 Bawah 2010 adalah secara sistem on-line. Semakan dan cetakan surat tawaran boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my/ mulai 2 Mei 2011. Semakan juga boleh dibuat di sekolah-sekolah Pusat Tingkatan 6 dan sekolah asal calon. Tarikh pendaftaran di sekolah-sekolah Pusat Tingkatan 6 bagi calon yang berjaya adalah pada 9 Mei 2011.