LAPORAN PIBG 2010
SMK DAMANSARA JAYA
Dengan segala hormat dan sukacitanya, saya membentangkan Laporan Tahunan yang bermula 6 Februari 2010 dan berakhir pada 31 Disember 2010.
2. AHLI JAWATANKUASA PIBG
Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-27 telah diadakan pada 6 Februari 2010 di Dewan SMK Damansara Jaya. Dalam mesyuarat tersebut, AJK yang telah dipilih untuk menganggotai PIBG sesi 2010 adalah seperti berikut:
Yang Dipertua : Pn. Molly Mah Lee
Naib Yang Dipertua : Dr. Ravigadevi Sambanthamurthi
Setiausaha Kehormat: Cik Haslina Bt. Zakariya
Bendahari Kehormat: Pn. Ooi Lee Kim
AJK Ibu Bapa :Tuan Hj. Abd. Razak B. Mohamed Jalil
En. Kandiah Subramaniam
En. James Chen
En. Burhan Mohd
En. Billy Wong
Prof Dr.Norzulaani Bt. Mohd Khalid
AJK Guru : Pn. Tan Hui Kien
Pn. Khor Bee Nee
Cik Nur Liyana Bt. Mohd Yusoff
Juruaudit Wakil Ibu Bapa : En. Mah Pung
Juruaudit Wakil Guru : Pn. Nurin Soo Lian Lee
Sepanjang sesi 2010, AJK PIBG telah mengadakan mesyuarat sebanyak 10 kali disamping beberapa perjumpaan dan mesyuarat kerja yang lain seperti Mesyuarat Dana PIBG yang memfokuskan kepada kejayaan “Go Green Run DJ” pada 26 Jun 2010 yang lalu disamping melancarkan pelancarannya pada 16 April 2010 di dewan SMKDJ. Terima kasih kepada semua guru, ibubapa dan AJK PIBG, pihak MBPJ dan yang terlibat dalam menyumbang kan sedikit sebanyak tenaga kerja, sumber kewangan dan kerjasama untuk pembangunan sekolah, kecemerlangan murid-murid serta pengawasan keselamatan warga SMKDJ .
3. RANCANGAN / AKTIVITI PIBG 2010 3.1 Penubuhan AJK Kecil a) AJK Keselamatan b) AJK Dana/Pembangunan Sekolah c) AJK 3K/Sosial dan Kebajikan d) AJK Sosial dan Kebajikan e) AJK Akademik / ICT f) AJK Kokurikulum * AJK Dana PIBG melibatkan semua ahli PIBG dan penganjur 3.2 Program/Projek yang telah dijalankan bersama pihak sekolah : a) Menjalankan projek kutipan Dana PIBG iaitu ”Go Green Run DJ” dari 16 April – 16 Julai 2010. Majlis pelancaran ”Go Green Run DJ” pada 16 April dan Mini karnival ”Go Green Run DJ” pada 26 Jun 2010. b) Penambahbaikan lantai baru di dewan SMK Damansara Jaya. c) Penambahbaikan CCTV sekolah dan di Blok baru. d) Penambahbaikan sistem siaraya sekolah. e) Bekerjasama dengan pihak MBPJ di dalam beberapa projek infrastruktur, kemudahan dan keselamatan sekolah yang dibincangkan bagi sesi 2009/2010 f) Bekerjasama dengan pihak MBPJ memastikan keadaan di tepi jalan luar sekolah tidak membahayakan keselamatan murid yang berjalan kaki di kawasan jalan SS22/43 g) Membina lokar murid di Blok baru(Blok E) h) Penyelenggaraan Laman Web Sekolah i) Pemasangan 14 unit kipas dinding dan penghawa dingin di bilik siaraya. j) Pembinaan tempat letak kereta berbumbung. k) Penyediaan sebuah Water-Cooler l) Pemasangan penghawa dingin di bilik tayangan. 3.3 Sumbangan wang dari PIBG juga diberikan untuk membantu didalam: a) Mengekalkan perkhidmatan Warden Keselamatan Sekolah b) Perkembangan kurikulum dan kokurikulum murid sepanjang tahun 2010 seperti : -Hari Sukan Tahunan - Kejohanan Merentas Desa/’Go Green Run DJ’ - Majlis Penghargaan Kokurikulum. - Majlis Anugerah Cemerlang. - sumbangan untuk Majlis Perpisahan Tingkatan 5 dari Dr. Ravigadevi dan PIBG. - Program Minda PMR&SPM. - Subsidi Pengawas Sekolah Pagi&Petang - Subsidi Kem Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber. - Sumbangan kewangan kepada Lembaga Kebajikan Murid - Subsidi Pasukan Hoki MSSS 2010 & pertandingan Liga Hoki Selangor - Subsidi Pertandingan Cheer - Sumbangan kewangan bagi pertandingan ke institusi swasta - Subsidi untuk Koir Sekolah - Subsidi Pengakap di Raja 2009 - Subsidi untuk kumpulan perbahasan sekolah (English Debate) c) Aktiviti yang melibatkan guru dan Program Khas iaitu - Majlis Persaraan Pengetua - Sambutan Hari Guru Terima kasih sekali lagi diatas sumbangan dan kerjasama yang diberikan oleh PIBG dalam menjaga kebajikan murid-murid dan prasarana sekolah. “Sepakat Membawa Berkat”. Laporan disediakan oleh Setiausaha PIBG