Spirit of DJians

Berilmu untuk berjasa

Pengakap

PENGAKAP

Pengenalan Kumpulan Pengakap Ke-37 Petaling

 

Kumpulan Pengakap ke-37 Petaling dengan Nombor Pendaftaran Kumpulan, M-6323merupakan Kumpulan Pengakap yang bertapak di Sekolah Menengah Damansara Jaya. Kumpulan Pengakap ke-37 Petaling telah ditubuhkan selama 25 tahun sejak tahun 1984.

 

Penganjur Kumpulan merupakan Pengetua sekolah iaitu Datin Wira Hajah Norizan bt Kamaruddin. Majlis Pemimpin-pemimpin Pengakap terdiri daripada Puan Siva Pakiam, Pemimpin Kumpulan kita manakala Pemimpin Pengakap Remaja ialah Encik Lim Kell Jay. Selain itu, terdapat juga Penolong-penolong Pemimpin Pengakap yang bantu menyumbang kepada Kumpulan Pengakap ke-37 Petaling seperti Encik Wang Ting Sen, Encik Jeremy Siow Shi Yoong serta bantuan daripada Krew Pengakap Kelana “H” Petaling. Terdapat juga ahli jawatan kuasa yang bertanggungjawab membantu dalam menlicinkan pertubuhan Kumpulan ini.

 

Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun yang termasuk kawat kaki, perkhemahan, pembinaan khemah, masakan rimba dan sebagainya. Walaupun terdapat banyak aktiviti yang menarik lagi lasak, disiplin setiap Pengakap diutamakan supaya mereka menjadi seorang insan yang berguna.

 

Selain daripada aktiviti, terdapat juga pencapaian lencana Pengakap. Bagi Pengakap yang ingin mencapai kecemerlangan dalam ujian serta lencana Pengakap, mereka akan menduduki pelbagai ujian untuk berjaya dalam kehidupan Pengakap mereka. Pencapaian tertinggi bagi seorang Pengakap peringkat sekolah ialah Anugerah Pengakap Raja. Dalam Kumpulan Pengakap ke-37 Petaling, terdapat sebanyak 11 orang Pengakap yang sedang menduduki Ujian Pengakap Raja.

 

Ahli Jawatan Kuasa Tahun ‘09/10

 

Ketua Troop                - Ooi Chin Tak

Setiausaha                    - Joanna Wong Kae Ling

Pen. Setiausaha            - Quay Jian Wen

Bendahari                     - Koh Weng Hong

Kuartermaster              - Yap Kar Wen

Pen. Kuartermaster       - Lim Rong Jie

 

 

 

 

Aktiviti Tahunan (Tidak termasuk Perjumpaan Mingguan)

 

Mac                 - Kursus Latihan Rekrut Pengakap (Tenderfoot Training Course)

April                 - Perkhemahan Kemahiran Pengakap (Skills Camp)

Jun                   - Pengembaraan Berjalan Kaki

Julai                  - Pertandingan Masak Moden

Ogos                - Mengambil bahagian dalam Hari Kebangsaan

 

Bulan-bulan yang tiada aktiviti Pengakap adalah untuk persediaan Pengakap terhadap Peperiksaan sekolah.