Spirit of DJians

Berilmu untuk berjasa

Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ)

STRUKTUR ORGANISASI

Penaung : Datin Wira Hajah Nurizan bt Kamaruddin
Penasihat : Puan Norliza
Pengerusi : Nur Alia binti Zainal Abidin
Naib Pengerusi : Sharfi bin Bashar
Setiausaha : Nazratul Najwa binti Abd Razak
Bendahari : Nur Nadia binti Nordin

Ahli Jawatankuasa :

  1. Noor Farhana bt Othman
  2. Nur Rabilla bt Rami
  3. Nur Athirah bt Muhd Asri

Latar Belakang (KPJ)

Memandangkan kadar jenayah di kalangan remaja masa kini semakin meningkat, penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) di sekolah-sekolah menengah perlu bagi memberi kesedaran pencegahan jenayah pada peringkat awal di kalangan pelajar sekolah.

Penubuhan KPJ di peringkat sekolah-sekolah menengah adalah satu projek Yayasan Pencegahan Malaysia yang telah diwujudkan pada tahun 1999 dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajar Malaysia telah menyarankan semua sekolah menengah di seluruh negara supaya menubuhkan KPJ. Namun begitu, dianggarkan hampir kesemua KPJ tidak aktif dan menjadi sekadar Kelab biasa sahaja.

Matlamat KPJ

Matlamat penubuhan KPJ adalah untuk membentuk masyarakat pelajar yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman mengenai penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.

Objektif KPJ

  1. untuk memupuk rasa patuh kepada peraturan dan Undang-Undang Negara.
  2. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
  3. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan pelajar tentang pencegahan adalah lebih baik dari memerangi jenayah.
  4. Menyediakan garis panduan cara-cara pencegahan jenayah dan menggalakkan mereka menjalankan aktiviti yang berfaedah.
  5. Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara
  6. Untuk mendidik supaya pelajar-pelajar tidak terlibat dalam kegiatan jenayah
  7. Untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar tentang cara-cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa

Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan

CERAMAH / SYARAHAN

  • jenayah
  • dadah
  • undang-undang
  • rukun negara
  • bahaya merokok
  • keselamatan persendirian

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

  • muzium- muzium
  • balai polis
  • penjara

PERTANDINGAN KUIZ

KEMPEN DAN PAMERAN PENCEGAHAN JENAYAH

MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM SEMINAR/ AKTIVITI MCPF