Spirit of DJians

Berilmu untuk berjasa

Puteri Islam

CARTA ORGANISASI PERGERAKAN PUTERI ISLAM

 

Penaung   : Datin Wira Hajah Norizan binti Kamaruddin

Penasihat  : Pn. Nora Bt. Markum

 

Pengerusi  : Nurul Izzati Bt. Mustafa Kamal

 

Naib Pengerusi  : Siti Hajar Bt. Yacob

 

Setiausaha  : Nurul Nazira Bt. Md. Mustafa

 

Pen. Setiausaha  : Robiatuladawiah Bt. Hamdi

 

Bendahari  : Nur Ashida Bt. Hamidon

 

Pen. Bendahari : Fatiah Najiah Bt. Mundhor

 

Ajk Papan Kenyataan  : Noraida Bt. Aminuddin

 

AJK Tingkatan  5 : Nur Nazura Bt.Shaidi

 

4        : Nurul Ain Bt. Kasiri

 

2    : Siti fatimah Karimah Bt. Abdul Rahman

 

 

 

PERANCANGAN PPIM 2008.

 

JANUARI       :Majlis taaruf/ Pembahagian kumpulan.

                        :Pengenalan PPIM.

 

FEBUARI        :Mengemas kini buku log.

                        :Teknik-teknik kawat kaki.

 

MAC               :Membersih dan mengemas surau.

 

APRIL             :Menjahit.

:Mengait.

 

MEI                 :Lawatan ke rumah orang-orang tua.

:Bimbingan rohani.

 

JUN                 :Teknik-teknik ikatan gajet dan ikatan asas.

                

JULAI              :Memasak.

 

OGOS             :Pertolongan cemas.

 

SEPTEMBER  :Jamuan akhir tahun.

 

OKTOBER      :Perkhemahan sehari.

:Kem bermalam.

 

NOVEMBER  :Lawatan ke Pulau Pangkor.

 

 

 

PENDAHULUAN

 

PENDAHULUAN

 

 

 

 

 

 

 

 Gerakerja kokurikulum adalah sangat penting bagi setiap orang pelajar. Penglibatan yang teratur dan penuh kesungguhan semua pihak dapat memberi kesan yang positif ke arah pembentukan nilai murni kepada setiap pelajar. Aktiviti kokurikulum juga secara tidak langsung boleh membantu pelajar menyediakan diri untuk menghadapi masa depan dengan penuh berdisiplin dan bertanggungjawab.

 

 

FALSAFAH

 

 

 

 

 

 

 

Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah Pergerakan Beruniform yang bergerak di Peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah, Universiti, Institut/Maktab Perguruan, Sekolah-sekolah Menengah dan Sekolah-Sekolah Rendah. Aktiviti-aktivitinya yang dijalankan sebagai kokurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing Puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan puteri yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.

 

 

OBJEKTIF KHAS

 

 

 

 

 

 

 

OBJEKTIF AM

 

 

 

 

 

 

 

BADAN BERUNIFORM ( PPIM )

 

 

  1. Melibatkan ramai pelajar di dalam aktiviti Badan Beruniform.

     

  2. Memperlengkapkan peralatan Badan Beruniform.

     

  3. Memastikan semua perancangan berjalan dengan lancar dan berkesan.

     

  4. Mengadakan aktiviti yang lebih menarik supaya menimbulkan minat yang lebih di kalangan murid.

     

  5. Mendedahkan murid dengan banyak aktiviti yang lebih mencabar di luar bilik darjah.

     

BADAN BERUNIFORM ( PPIM )

 

 

  1. Mengalakkan lebih ramai murid melibatkan diri dengan lebih aktif di dalam ke tiga-tiga bidang kokurikulum.

     

  2. Menanam semangat bertanggungjawab terhadap pasukan yang dianggotai di kalangan dengan mengadakan pertandingan dari masa ke semasa.

     

PERANAN

 

 

 

 

 

 

 

1.     Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah         Pendidikan Negara (FPN).
2.     Memupuk semangat kewarganegaraan dan perpaduan.
3.     Memberi pengalaman berhubung, bergaul dan bersatu di dalam masyarakat.
4.     Mengukuh dan mengayakan pengalaman yang telah didapati di dalam kelas.
5.     Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran murid di dalam bidang-bidang
        tertentu.
6.     Melatih pelajar mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah di samping         membina kesihatan dan kesejahteraan diri.
7.     Memberi peluang dan galakkan kepada pelajar-pelajar membuat kerja-kerja khidmat         masyarakat.
8.     Menyediakan peluang kepada masyarakat untuk memberi sumbangan kepada sekolah.

 

 

MATLAMAT

 

 

 

 

 

 

 

1. Menyeimbangkan antara perkembangan mental, emosi dan jasmani dengan perkembangan     sosial melalui penyemaian, penyuburan, pengukuhan dan penghayatan pengetahuan Islam.
2. Merealisasikan Islam dalam Amalan hidup seharian.

 

 

 

 

 

Sejarah Penubuhan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Diilhamkan oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Malaysia (LKPIM) pada tahun 60-an yang diasaskan oleh Yang Amat Mulia Tungku Puan Besar Kursiah, Raja Permaisuri Agung Malaysia yang pertama.

 

 

Pada 06 Mei 1980 - PPIM diterima sebagai pergerakan beruniform di peringkat sekolah menengah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

 


Tanggal 17 Jun 1981 - PPIM dilancarkan dengan rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Ke- 6   Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajjah   Afzan Binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhamad Rahimahallah, di Dewan Cancelor Tun Abdul Razak, UKM.

 

 

Pada tanggal 08 Disember 1988 - PPIM diiktiraf dan didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan yang berperlembagaan sendiri.

 

 

 

 

 

Visi

 

 

 

 

 

 

 

Misi

 

 

 

 

 

 

 

Visi PPIM ialah untuk melahirkan generasi wanita muslim yang mempunyai ciri-ciri berikut :

 

 

(a) Beriman dan berakhlak murni berlandaskan      prinsip- prinsip Islam

 

 

(b) Mempunyai kesihatan diri dan mampu      membangunkan diri secara bersepadu iaitu      dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial      dan fizikal

 

 

(c) Mempunyai rasa kasih dan hubungan      silaturrahim sesama ahli puteri dan      terhadap diri, keluarga masyarakatnya      dan negaranya.

 

 

Melahirkan puteri-puteri yang mempunyai sahsiah baik, boleh memimpin dalam konteks diri, keluarga dan masyarakat

 

 

 

 

Lagu Puteri Islam

 

 

 

 

 

 

 

Puteri Lembaga Islam riang gembira
Tetap ta’at kepada Allah dan Raja
Berkorban untuk agama dan negara
Dunia akhirat mendapat bahagia

Berusaha mencari pengetahuan
Berbakti membuat kebajikan
Belajar mencapai kemajuan
Bersemangat penuh keimanan

Puteri Lembaga Islam riang gembira
Tetap Ta’at kepada Allah dan Raja
Berkorban untuk agama dan negara
Dunia akhirat mendapat bahagia

 

 

Ikrar Puteri

 

 

 

 

 

 

 

Bahawa kami ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia berikar akan :

 

 

· ta’at kepada Allah, Rasul, Pemerintah dan ibu bapa
· menunai kewajipan sebagai Muslimah Mukminah, dan

· berkhidmat untuk kebajikan masyarakat

 

 

 

 

 

 

 

TAJUK: MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN PUTERI ISLAM.

BIL/TAHIN: 3/2008.

TARIKH: 22FEBUARI 2008.

MASA: 12.30-1.30 TENGAH HARI.

 

 

 

TEMPAT: SURAU SEKOLAH.

 

 

 

 

 

 

GURU PENASIHAT: PN. FARAH LIYANA BINTI JAMI

 

 

 

Aktiviti:

 

 

 

1-Perjumpaan dimulakan dengan bacaan doa.

2-Ucapan pengerusi:

 

 

 

            -perbincangan tentang aktiviti tahunan.

 

 

 

3-Ucapan guru penasihat:

 

 

 

            -pemberitahuan tentang aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan semasa

 

 

 

 mengadakan perjumpaan.

4-Sesi memberi cadangan tentang aktiviti tahunan bersama-sama ahli.

            -aktiviti yang dicadangkan:

              -latihan kawat kaki.

              -pertandingan memasak tanpa menggunakan bahan api.

              -perkhemahan.

              -ikat gejet.

              -menjahit.

              -jamuan.

5-Majlis diakhiri dengan:

            -nyanyian lagu puteri

            -bacaan doa.

 

 

 

 

 

 

 

Setiausaha,

 

 

 

Nurul Nazira binti Md. Mustafa.

 

 

——————————————————————————————————————————————————

 

 

TAJUK: MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN PUTERI ISLAM.

BIL/TAHIN:12/2008.

TARIKH:20 JUN 2008.

MASA: 12.30-1.30 TENGAH HARI.

 

 

TEMPAT: SURAU SEKOLAH.

 

 

 

 

GURU PENASIHAT: PN. ROSMALIA

 

 

 

Aktiviti:

 

 

 

1-Perjumpaan dimulakan dengan bacaan doa.

2-Ucapan pengerusi:

 

 

            -cara membalut buku log persatuan.

 

 

3-Ucapan guru penasihat:

 

 

            -pembahagian pembalut buku log kepada setiap ahli

4-Ahli-ahli mula membalut buku log.

5-Majlis diakhiri dengan:

            -nyanyian lagu puteri

            -bacaan doa.

 

 

 

 

 

 

 

Setiausaha,

 

 

 

Nurul Nazira binti Md. Mustafa.